masakan warisan atuk saya yang telah di turunkan kepada saya sebagai pewaris ilmu masakan beliau ( atuk tukan masak ).. semoga atuk di berkati selalu
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
udang galah masak sambal wangi
masakan warisan atuk saya yang telah di turunkan kepada saya sebagai pewaris ilmu masakan beliau ( atuk tukan masak ).. semoga atuk di berkati selalu
BAHAN-BAHAN
- 1 kg udang galah
- 2 biji bawang besar ( di mayang halus )
- 6 biji bawang kecil/india ( dikisar )
- 4 ulas bawang putih ( dikisar )
- 3cm halia ( dikisar )
- 1 batang serai ( dikisar )
- 3cm lengkuas ( diketuk )
- 2 sudu besar sos tomato
- 3-5 pokok daun sup & daun bawang
- minyak masak, gula dan garam ikut citaras
- 15-24 batang cili kering ( di kisar )
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- tumiskan bawang yang telah di mayang sehingga layu, kemudian masukkan semua bahan-bahan yang di kisar dan tumis sehingga garing ( untuk mencepatkan cili garing masukkan sedikit gula)
- setelah bahan yang di tumis garing, masukkan lengkuas dan sos tomato, serta gaul sehingga sebati
- kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan ( sekirangnya udang mempunyai telur, jangan buang masukkan sekali kerana ia membuat sambal lebih enak ) dan garam secukup rasa, masak sehingga air yang di keluarkan udang kering.
- akhir sekali setelah sambal masak, tutup api dan taburkan daun sup daun bawang… hidangan siap untuk di makan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.