Resepi barat yang mengikut citarasa Asia..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tropical Spaghetti Meatball

Resepi barat yang mengikut citarasa Asia..

BAHAN-BAHAN

  • Sepeket Spagheti
  • Meatball:
  • 200g Daging kisar (ayam/lembu)
  • 1 biji Bawang besar (didadu)
  • 2 ulas Bawang putih (dicincang)
  • Secekak daun parsley (dicincang)
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • Sos Bolognese:
  • 200g Daging kisar (ayam/lembu)
  • 100g Tomato puree
  • 2 ulas Bawang besar (didadu)
  • 3 ulas Bawang putih (dicincang)
  • 2 biji Tomato (didadu)
  • 3 sudu besar Cili giling
  • 2 biji Lobak merah (didadu)
  • Secawan nanas (didadu)
  • Secekak daun parsley (dicincang)
  • 1 sudu teh oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Gula
  • Garam
  • Minyak zaiton
  • Air
  • Sos cili (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus spaghetti sehingga masak atau common term, ‘al dente’. Boleh juga menggunakan Angel hair atau Linguine.
  • Cara membuat meatball:
  • Semua bahan disatukan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
  • Bulat-bulatkan dan digoreng dalam minyak yang sedikit menggunakan minyak zaiton.
  • Cara membuat sos bolognese:
  • Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang besar + bawang putih + cili giling hingga pecah minyak. Masukkan tomato yang telah didadu.
  • Masukkan daging kisar. Biarkan seketika sehingga daging masak.
  • Masukkan tomato puree, lobak merah, nanas dan sedikit air. Kalau nak sedap, boleh masukkan air rebusan spaghetti tadi.
  • Apabila mendidih, masukkan oregano dan serbuk lada hitam. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga diletakkan sedikit sos cili untuk menyedapkan sambil memekatkan kuah.
  • Masukkan meatball dan daun parsley. Sos sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti. Memandangkan ini resepi tropika, keju tidak digunakan, tetapi, bagi penggemar keju, boleh je kalau nk tabur parmesan cheese diatas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN