Tiramisu – Malaysia Inspired…favourite hubby dan anak2 I…hehehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tiramisu Bahulu

Tiramisu – Malaysia Inspired…favourite hubby dan anak2 I…hehehe

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Bahulu Mudah / beli bahulu yang dah siap jek :-
  • 4 biji kuning telur ( grade A)
  • 4 biji putih telur ( grade A )
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • sedikit esen vanilla / sebarang perisa lain ( untuk buang hanyir telur) optional
  • Untuk Filling Tiramisu :-
  • 250 gm Cream Cheese ( softned at room tempreture)
  • 2/3 cawan susu pekat manis ( boleh ditambah jika kurang manis)
  • 250 ml fresh cream ( di pukul hingga kembang)
  • Lain- lain bahan:-
  • 3 sudu besar nescafe
  • 1 batang kecil kayu manis ( optional)
  • 2 cawan air
  • serbuk koko untuk di ayak pada top layer nanti.
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk bahulu mudah: Pukul separuh gula degan kuning telur hingga kembang/ telur bertukar warna terang sedikit
  • Dalam mangkuk ( pastikan mangkuk betul2 kering) yang lain, pukul putih telur dan lebihan gula tadi. Pukul hingga kembang.
  • Kaup balikkan mixture putih telur dalam mixture kuning telur hingga sebati. Kemudian ayakkan tepung ke dalam mixture telur tadi sedikit demi sedikit dan kaup balikkan hingga sebati.
  • Masukkan mixture (hampir penuh ) dalam mini muffin/ cupcake mould yg digriskan.Bakar dalam preheat oven ( 190 C) untuk 10 mins atau hingga kekuningan. Jangan risau jika bahulu tidak rangup..memang itu tekstur yang diingin kan..lembut. Sejukkan di atas redai…
  • Untuk Filling :- Yang ini mudah sahaja, pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang. Kemudian kaup balikkan fresh cream ( yang telah dipukul kembang )kedalam cheese mixture. Ketepikan…
  • For coffee mixture: – Brew / didihkan necscafe + kayu manis dgn air tadi. Sejukkan. ( Yang ini boleh dibuat sebelum filling di bancuhkan)
  • Bagaimana nak susun:- Susunkan bahulu di base acuan / pyrex dish. Brush atau sudukan sahaja coffee mixture on top of the bahulu. Pastikan bahulu tidak terlalu basah…cukup sekadar untuk lembabkan bahulu sahaja. Letakkan 3-4 senduk cheese mixture dan ratakan. Ulang untuk layer kedua -ketiga.. sehingga habis bahulu / bordoir habis. Akhir sekali ayakkan serbuk koko di lapisan paling atas sebelum disejukkan dalam peti sejuk sekurang2 nyer 3 jam. Selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN