Resepi dari pasar batu enam KT…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tepung Serunai

Resepi dari pasar batu enam KT…

BAHAN-BAHAN

  • BAHAGIAN BAWAH
  • 300 g gula merah
  • 1 biji telur
  • 200 g tepung beras
  • 100 g tepung sagu
  • 2 cawan santan pekat
  • BAHAGIAN ATAS
  • 500 g tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya (layur dahulu)
  • Bilah lidi yang ditajamkan (1 inci setiap satu)
CARA PENYEDIAAN
  • Potong bulat 9 inci daun pisang.Kemudian potong daun yang telah bulat itu kepada dua (semi sfera).Gulung dari kiri ke kanan membentul seperti kon.Sematkan dengan lidi.
  • Sementara itu sediakan kukusan.Setelah mendidih letakkan kelongsong daun pisang di dalam celah lubang pengukus.
  • Dalam mangkuk besar campurkan kesemua BAHAN BAWAH. Adun hingga sebati.
  • Dalam mangkuk besar lain adunkan BAHAGIAN ATAS hingga sebati.
  • Sendukkan bahagian bawah dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang.Isi separuh kelongsong dan kukus hingga 3/4 masak.
  • Kemudian sendukkan pula bahagian atas dan kukus hingga masak.Siap untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN