Memang sedap dan senang nak buat. Buat semalam untuk suami dan anak-anak, licin…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tempura Aneka

Memang sedap dan senang nak buat. Buat semalam untuk suami dan anak-anak, licin…

BAHAN-BAHAN

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Air ais secukupnya (air dari pembeku)
  • Beberapa titik sos soya sebagai perisa
  • @1/2 batang lobak merah dipotong panjang
  • @3 batang kacang panjang dipotong 2 inci
  • @10 ekor udang besar-dibuang kulit
  • @5 ekor sotong-dipotong bulat-bulat
  • Minyak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Bancuh tepung, tepung beras dan tepung jagung bersama sos soya dan air ais (bancuhan seperti tepung goreng pisang).
  • Celup sayur ke dalam tepung dan goreng. Goreng sayur dahulu, habiskan dan kemudian buat cara yang sama dengan udang dan sotong.
  • Goreng hingga garing dan hidang dengan sos cili yang dicampur dengan sedikit mayonis.
  • Boleh tambah sayur dan makanan laut yang lain ikut selera masing-masing. Saya tambah isi ketam dan bebola untuk anak-anak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN