Resipi sihat untuk seisi keluarga. Menu saduran timur dan barat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Telur Beefsteak

Resipi sihat untuk seisi keluarga. Menu saduran timur dan barat.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Asas:
  • 3 biji telur
  • 50 gm daging (daging cincang atau daging burger pun boleh)
  • Bahan Kuah:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit kicap manis
  • 1 batang lobak merah dihiris nipis
  • 9 kuntum bunga kubis
  • Sayur campur ikut suka
  • Bahan Hiasan:
  • Timun dan nenas dipotong dadu
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus daging hingga empuk. Bila daging sudah empuk, tos airnya. Simpan airnya untuk kuah.
  • Pecahkan 3 biji telur, masukkan sedikit garam. Gorengkan dalam kuali seperti telur dadar yang lebar.
  • Letakkan daging rebus tadi ditengah-tengah telur dadar tadi.
  • Bungkus daging tersebut dengan telur dadar tersebut dalam bentuk segiempat seperti dalam gambar. Letakkan dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
  • Untuk kuah: Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  • Tuangkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, kicap, gula dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih, pekat dan naik minyak.
  • Masukkan lobak merah, bunga kubis dan sayur campur. Biarkan sebentar sebentar sehingga sayur sedikit empuk.
  • Bila agak-agak dah masak, tuangkan atas telur dalam pinggan hidang tadi.
  • Taburkan dengan timun dan nenas yang dipotong dadu. Sedia dimakan dengan nasi. Selamat mencuba…!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN