Di makan bila-bila masa, di hidang panas2

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Sumbat Ikan

Di makan bila-bila masa, di hidang panas2

BAHAN-BAHAN

  • 5 keping tahu digoreng kekuningan (potong 2 dan korek sedikit isi dalamnya )
  • 3 ekor *ikan kembung sederhana besar ( direbus dengan sedikit garam dan asam keping)- Buangkan tulang dan tumbuk isi ikan hingga lumat.
  • sedikit daun sup di racik halus.
  • 3 ulas bawang merah.
  • sedikit lada sulah/ lada hitam (ikut kesukaan)
  • 4 biji lada merah
  • Garam secukup rasa
  • 3 camb bawang goreng ( ditumbuk kasar)
  • Bahan untuk salut
  • 2 – 3 cawan tepung gandum
  • sedikit garam dan air kapur
  • air secukupnya
  • ( * Kekadang kite malas isi ikan boleh digantikan dengan sardin lebih cepat- rasanya berlainan )
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam bekas satukan isi ikan dengan lebihan isi tauhu yang dikorek tadi, lada sulahdan garam secukup rasa.
  • Tumbuk lumat bawang merah,bawang putih dan cili merah, masukkan dalam bekas ikan.Gaul rata.
  • Sumbatkan dalam tauhu tadi..buat sehingga habis.
  • Dalam bekas lain satukan bahan untuk salut hingga sebati.(agak pekat macam nak goreng cempedak)
  • Panaskan minyak celupkan tauhu tadi dalam bahan salut goreng hingga kekuningan.
  • Enak dimakan panas-panas dengan sos cili.
  • Jika guna *sardin ambil isi sardin saja dan hancurkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN