Resipi dari arwah nenek.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Masak Taucu

Resipi dari arwah nenek.

BAHAN-BAHAN

  • 4 keping tauhu yang besar, dipotong dadu selebar 1 inci
  • 12 ekor udang, dikupas kulitnya
  • 10 batang lada hijau, dipotong 3
  • 5 biji bawang besar, dihiris bulat
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 botol taucu, dicuci, toskan dan ramas kasi hancur sedikit
  • 2 cawan air
  • 2 inci belacan
  • Asam jawa, sebesar setengah telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tauhu yang telah dipotong dadu selebar 1 inci, digoreng. Jangan goreng terlalu garing cukup sekadar ia kekuningan sedikit. Angkat dan ketepikan.
  • Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas sehingga rata. Ketepikan.
  • Minyak yang telah digunakan untuk menggoreng tauhu tadi boleh kita gunakan untuk menumis. Masukkan serai yang telah dititik bersama bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis sehingga bahan-bahan naik baunya.
  • Masukkan taucu yang telah diramas dan juga udang. Gaul rata dan masukkan juga bancuhan air asam dan juga belacan yang telah disediakan tadi. Masak selama 5 minit pada api sederhana supaya rempahnya bangkit.
  • Kemudian masukkan garam (jangan terlalu banyak) sebab taucu pun dah ada rasa masin, serbuk perasa, gula dan juga tauhu yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan ia mereneh supaya kuahnya menyerap dalam tahu selama 5 -10 minit. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
  • Nota: Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi hijau. Lauk ini kalau disimpan semalaman dan dipanaskan rasanya lagi umppph.. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN