si bulus

Gelagat lucu dan manja si bulus pastinya membuatkan kita merasa tak bosan bila berada di rumah. Ramai di kalangan kita yang sememangnya gemar untuk memelihara kucing kerana ini.

Lagi-lagi kucing berwarna oren atau oyen, ada je perangai pelik dan kelakar yang akan dibuatnya.

Baru-baru ini, tular satu video di mana beberapa ekor kucing yang dijaga dari rumahnya ‘menyerbu’ roti canai yang dibeli dan raih perhatian netizen.

Baca juga: Resepi Wet Food Kucing Homemade Guna 3 Bahan Ini, Bulu Makin Sihat & Gebu

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @eena-sim, wanita tersebut baru saja pulang dari membeli roti canai dan menghidangnya di atas meja untuk dinikmati.

Video Penuh:

@eena_sim

Kucing ke ape ni semua benda nk di mkn🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

♬ original sound – Eena Sim – Eena Sim

Boleh dilihat dari paparan video di atas, wanita tersebut tinggal sekejap untuk mengambil air di dapur, tak disangka bila datang kembali, kucing-kucingnya dah pun ‘ngap’ roti canai tersebut secara berjemaah.

“Mami tinggal sekejap sahaja. Korang ni! Kucing ke apa korang ni? Semua nak makan, hei! Habis semua makan roti canai, mami nak makan apa? Kuah?”, tanyanya pada kucing-kucing itu yang sedang asyik memakan makanannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucingnya yang selamba makan roti canai yang dibeli.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyamakan situasi tersebut dengan anaknya. Manakan tidak, pantang buka makanan yang dibeli, pasti tak sabar-sabar dan terus serbu!

Antara komen netizen:




Boleh lah ajak si bulus lepak mamak lepas ni ngeteh kah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN