masakan ala chinese yang simple dan kaya ngn khasiat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Jepun Oishii

masakan ala chinese yang simple dan kaya ngn khasiat

BAHAN-BAHAN

  • 2 tiub tauhu jepun/telur
  • 1/4 pokok broccoli
  • 3 ulas bawang putih,dicincang
  • 4 batang jagung muda,dihiris serong
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1/2 biji capsicum merah
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung,dibancuh ngn sedikit air.jika mahu pekat lagi,boleh ditambah.
  • 6-7 biji cendawan butang,dihiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos teriyaki
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • Potong tauhu kepada 3-4 bahagian setiap tiub,dan goreng hingga
    keemasan dan agak garing.Angkat dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan cendawan dan kacau sekejap.
    masukkan sayur2 dan kacau,masukkan sedikit air supaya sayur masak.Jika nak berkuah,letak air lebih
  • Masukkan sos tiram,sos teriyaki dan serbuk lada.Rasa kemasinan.Jika perlu,tambah garam(sos2 tersebut agak masin..)
    Kacau rata.Masukkan bancuhan tepung jagung.Kacau sebati
  • Masukkan semula tauhu yang dah digoreng tadi.Kacau rata.Angkat dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN