Kuih Raya wajib tetiap tahun..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tart Nenas Gulung (Gebu)
Kuih Raya wajib tetiap tahun..
BAHAN-BAHAN
- 100 gm tepung gandum
- 100 gm tepung jagung
- 20 gm tepung Kastard
- 150 gm buttercup/planta
- 2 biji kuning telur
- Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla
- Bahan untuk Intinya:
- Sebiji nenas
- gula secukupnya
- Pewarna kuning
- *Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan.
Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati.
Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati. - *Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum.
*Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut. - Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang.
Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai. - Letakkan sedikit jem nenas dan gulung.
Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning.
Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C. *Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.