Kan dh slalu ada bentuk bunga,bntuk bulat ketak2,bntuk buah berduri,kali nie kita bagi bentuk lonjong berduri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tart nenas berduri

Kan dh slalu ada bentuk bunga,bntuk bulat ketak2,bntuk buah berduri,kali nie kita bagi bentuk lonjong berduri.

BAHAN-BAHAN

  • 8sdm tepung jagung*
  • 10sdm tepung gandum*
  • 4sdm marjerin*
  • 1sdt gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • Sukatan bertanda * semua guna sudu mambung/penuh mcm bukit :)
  • Untuk inti:
  • 1biji buah nenas diparut(jangan buang airnya)
  • Gula pasir(agak2 kemanisannya-truya guna 3sdm)
  • Masukkan semua dalam rice cooker sampai pekat likat
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan marjerin,kuning telur dan gula sampai sebati.
  • Masukkan tepung gandum berselang seli dengan tepung jagung ke dalam adunan sampai menjadi doh.(tidak melekat di tangan)
  • Kalau adunan masih melekat di tangan,tambahkan tepung dengan nisbah 1sdm tpg gandum:1/2 sdm tepung jagung.
  • Kemudian bulat2kan inti dan doh sebesar biji guli.
  • Kemudian satukan adunan macam biasa,dan bentukkan jadi bujur.
  • Bermula dari tengah,guntingkan bentuk duri2 kecil tapi jangan sampai putus.
  • Buatkan duri tersebut sampai habis barulah membuat duri untuk sebelah lagi dengan arah berlawanan.
  • Tadaaa :) beginilah hasilnya.ulang sampai abis.yang penting kena sabar.kan sabar separuh daripada iman.hehe
  • Sapukan kuning telur dan bakar 130’c selama 20 min.kalau biskut dah kuning kat blakang dia tu tndanya dh masak.biarkan sejuk dulu baru alihkan.
  • Selamat mencuber…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN