Resipi ini adalah sumbangan dari Kak Magnolia (cari.com). Saya dah 2 tahun berturut-turut menggunakan resipi ini untuk Hari Raya. Ia menghasilkan Kuih Tart yang gebu dan sedap! Tips bila menyediakan Tart Gulung, bila masukkan tepung jangan masukkan semua tetapi masukkan tepung sampai adunan cukup lembut dan mudah untuk anda picit keluar dari acuan tat gulung. Untuk versi yang boleh diterap, boleh masukkan tepung sehingga ia mudah diterap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tart Gulung Magnolia

Resipi ini adalah sumbangan dari Kak Magnolia (cari.com). Saya dah 2 tahun berturut-turut menggunakan resipi ini untuk Hari Raya. Ia menghasilkan Kuih Tart yang gebu dan sedap! Tips bila menyediakan Tart Gulung, bila masukkan tepung jangan masukkan semua tetapi masukkan tepung sampai adunan cukup lembut dan mudah untuk anda picit keluar dari acuan tat gulung. Untuk versi yang boleh diterap, boleh masukkan tepung sehingga ia mudah diterap.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram mentega
  • 100 gram gula aising
  • 3 biji telur (3 putih dan 2 kuning)
  • 70 gram susu tepung
  • 750 gram tepung gandum (biasanye ikut lembut supaya mudah ditekan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Untuk Inti Jem :
  • 2 biji nenas
  • 400 gm gula pasir (ikut manis)
  • ½ cawan oren sunquick
CARA PENYEDIAAN
  • Cara untuk Inti Jem – Parut nenas dan masak semua sehingga ia kering.
  • Satukan mentega dan gula aising, kacau sekejap. Tak yah nak buat ‘creamy method’ cam kek tu.
  • Masukkan telur, kacau sebati dan masukkan esen vanilla.
  • Kemudian masukkan tepung susu dan tepung gandum. Uli perlahan-perlahan kalau rasa adunan melekit di jari, tambah tepung sikit demi sedikit. Semasa masukkan tepung jangan masukkan semua sekali, masuk sikit demi sedikit supaya adunan tidak terkeras. Sepatutnya adunan tu agak lembut (tak lembik) supaya senang dipicit keluar dari acuan tart gulung.
  • Letak inti dan gulung. Bakar sampai masak dan kekuningan. Tart ini memang gebu dan sedap.
  • NOTA: Kalau nak kulit tat kekuningan sikit, letak pewarna kuning sebelum masukkan tepung kedalam adunan. Dan kalau rajin sapu kuning telur diatas biskut sebelum dibakar.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN