Resipi keluarga..Sos yang tahan lama jika disimpan dalam peti ais…sesuai dijadikan pencicah kerang rebus,popia goreng atau basah, tahu tempe goreng dan enak juga disiram di atas rojak salad… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Tahu Goreng ( Sos Masak)™

Resipi keluarga..Sos yang tahan lama jika disimpan dalam peti ais…sesuai dijadikan pencicah kerang rebus,popia goreng atau basah, tahu tempe goreng dan enak juga disiram di atas rojak salad… :)

BAHAN-BAHAN

  • 40 tangkai lada kering – direbus lembut dan toskan
  • 6-8 ulas bawang putih
  • 1 sb asam jawa + 1/2 cwn air, diramas dan tapis airnya
  • 1/2 cawan kicap manis
  • secukup gula pasir atau gula timbang/gula melaka (akak campur kedua2 gula secukup rasa)
  • garam secukup rasa
  • BAHAN PELENGKAP :-
  • beberapa keping tahu
  • taugeh – dicelur sebentar dgn sedikit garam
  • timun – dihiris
  • kacang tanah goreng – ditumbuk kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar cili kering bersama bawang putih hingga halus dengan secukup air (tambah cili padi jika suka lebih pedas).Tuang ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.Masukkan air asam dan masak mendidih lagi lalu tuang kicap dan perasakan dengan secukup gula dan garam.Sos hendaklah cukup rasa pedas,masam dan manis.
  • Sos untuk tahu goreng jangan terlalu pekat sebab akan dicampur dengan kacang tumbuk.Jika pekat tambahkan dengan secukup air panas sebelum disiram ke atas tahu goreng.
  • Cara menghidang seperti biasa..Goreng tahu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya..bubuh atas pinggan,tabur secukup taugeh dan timun lalu dituangkan secukup sos yang telah dicampur dengan secukup kacang tumbuk…tabur lebihan kacang tumbuk di atasnya jika suka…sajikan.
  • Jika ingin dijadikan sos pencicah kerang rebus dan sebagainya..masak sos hingga pekat sesuai selera… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN