Tagliatelle masak ala2 bolognaise tapi campur semua siap2 & di pekatkan dgn telur. Rasa nya cukup mewah…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tagliatelle

Tagliatelle masak ala2 bolognaise tapi campur semua siap2 & di pekatkan dgn telur. Rasa nya cukup mewah…..

BAHAN-BAHAN

  • 250g pack Tagliatelle Nests – rebus seperti merebus spaghetti, dgn sedikit garam, sehingga lembut.
  • 200-300g isi ayam – minced/cincang halus
  • 1 tin kecil cendawan butang – hiris2
  • 1/2 mangkuk sayur campur beku
  • 2 batang sosej – hiris2
  • 5 ulas bwg merah – di tumbuk
  • 3 ulas bawang putih – di tumbuk
  • 3 sudu makan cili kering mesin
  • serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan Sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 biji telur
  • Garam secukup nya
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah/putih & cili mesin sehingga wangi. Masukkan sosej, kacau sebentar. Masukkan isi ayam, cendawan & sayur campur. Kacau sebentar.
  • Masukkan sos tomato/cili, serbuk lada & garam. Masukkan 1 mangkuk air. Biar menggelegak. Pecahkan sebiji telur & kacau cepat supaya telur tidak berketul. Telur ni untuk memekatkan kuah nya.
  • Masukkan tagliatelle yang telah di rebus tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan terlalu lama nanti terkering pula kuah nya. Nota: Kalau suka, boleh campurkan mixed herbs, parsley & oregano supaya rasa nya ala2 bolognaise
  • Angkat & hidangkan panas2. Sesuai untuk juadah pagi atau pun menjamu tetamu istimewa. Masakan ni tak de di pasaran tau……
  • Gambar bungkusan Tagliatelle nests (brand Waitrose) utk siapa2 yg tak tau – isi dah habis ngap, tinggal plastik je. Next time beli, Along paste gambar isi nya. Kalau you all tak jumpa juga, ganti je lah dgn spaghetti atau long pasta yang lain, tapi tagliatelle ni betul2 sedap sebab from Majella National Park, Italy (sorry tak dapat komisen pun promote benda ni.)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN