Cara senang buat norimaki sushi (sushi gulung) guna tuna dalam tin je tak payah tangkap ikan fresh kat laut :-)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Jepun
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
15 min
PENYEDIAAN
30 min
MASAK
4 orang
HIDANGAN
Sushi Gulung Tikar
Cara senang buat norimaki sushi (sushi gulung) guna tuna dalam tin je tak payah tangkap ikan fresh kat laut :-)
BAHAN-BAHAN
2 cawan Beras Jepun
1 tin Tuna (yang takde tambah mayo atau cili)
3 batang Timun Jepun
6 batang Crab Filamen
2 biji Telur saiz M
1/2 cawan Cuka Sushi
Mayonis secukupnya (kalau boleh, mayonis Jepun – boleh cari di Jusco, Tesco, Giant)
3 sudu besar Gula
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Kicap Jepun (kalau takde, kicap cair pun boleh)
Kepingan seaweed (Nori) saiz besar secukupnya (boleh cari di mana-mana pasaraya sekarang)
CARA PENYEDIAAN
Masak nasi macam biasa.
Sediakan cuka untuk nasi sushi – campurkan 1/2 cawan cuka dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam. kacau rata sampai sebati (kalau tak hancur sikit-sikit pun takpe)
Sediakan inti sushi. – Tuna ditos dari tin, gaul dengan mayo secukupnya (ikut rasa sendiri. Jangan banyak sangat mayo nanti meleleh keluar dari sushi) – Timun Jepun di belah empat, buang empulur sikit. – Crab filamen di belah dua.
Telur dikocok dengan 2 sudu besar gula dan 1 sudu kecil kicap cair/kicap Jepun. Dadarkan telur. Bila sejuk, potong memanjang.
Gaulkan nasi dengan campuran cuka ketika panas. Kipaskan nasi supaya sejuk sedikit (nasi yang panas akan menyukarkan proses menggulung)
Sedia untuk menggulung :-) Ambil tikar gulung sushi (boleh cari di bahagian Jap food atau guna tuala muka yang kering dan tebal sikit). Ambil sehelai nori dan hamparkan atas tikar.
Basahkan tangan, ambil nasi sedikit dan tempekkan pada nori (nasi Jepun melekat sikit jadi tangan perlu basah semasa berkerja)
Susun inti sushi (tuna, telur dadar, timun, crab filamen)
Gulung! Potong dengan pisau tajam – SIAP!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.