Masakan Singapura, bahan-bahan ringkas, resipi sendiri tapi bolehlah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Tulang Mamak Yang Simple

Masakan Singapura, bahan-bahan ringkas, resipi sendiri tapi bolehlah.

BAHAN-BAHAN

  • Tulang lutut kambing
  • 2 sudu teh garam
  • Air untuk rebus tulang (mesti menutupi tulang dalam periuk)
  • 1 biji bawang besar dihiris halus (buang bahagian bawang yang keras supaya tidak rasa pahit)
  • 1 sudu teh jintan (jika anda tidak suka rasa jintan ini, jangan digunakan)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan puri tomato/pes tomato (hanya tomato dan garam)
  • 1 sudu makan sos cili manis yang mengandungi bawang putih (jika sos cili manis anda tidak mengandungi bawang putih, anda boleh gunakan seulas bawang putih yang dikisar/potong kecil & ditumis dengan bawang besar yang tertera di atas)
  • 1 sudu makan minyak masak untuk tumis bawang
  • 1 biji kentang dibuang kulitnya & dipotong kecil-kecil (kentang ini akan dilumatkan ke dalam kuah setelah lembut & merupakan pemekat untuk kuah sup tulang ini)
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus tulang kambing di dalam periuk biasa selama 3 jam ataupun 20 minit dalam periuk tekanan tinggi. Air mesti sentiasa menutupi tulang dan ditambah 2 sudu teh garam dari mula.
  • Sementara tulang direbus, anda boleh menyiapkan kuah sup tulang di dalam periuk lain yang kecil. Panaskan minyak (1 sudu makan), tumis bawang besar hingga layu, masukkan jintan (1 sudu teh), kemudian kecilkan api.
  • Masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk kecil tadi & digaul rata: sos tomato (1 sudu makan), puri tomato/pes tomato (3 sudu makan) dan sos cili manis (1 sudu makan).
  • Masukkan kentang & air rebusan tulang kambing tadi. Rebus hingga kentang lembut & kemudian lumatkan kentang itu dengan senduk. Pastikan rasa kuah ini mengikut citarasa anda. Tambahkan sos tomato/puri tomato jika kurang masam, tambahkan sos cili manis jika kurang manis.
  • Campurkan kuah sup tulang ke dalam periuk besar tadi yang digunakan untuk rebus tulang kambing. Gaul kuah & tulang kambing.
  • Sedap dimakan!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN