Sesuai untuk berbuka puasa…….apa lagi jom leer sekali kita makan!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Pasta Ringkas

Sesuai untuk berbuka puasa…….apa lagi jom leer sekali kita makan!!!!

BAHAN-BAHAN

  • 300 g pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 1 keping dada ayam, didadu*
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam*
  • 1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
  • 10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
  • 1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
  • 2 liter air
  • 2 kiub ayam “MAGGI”
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN TUMIS:-
  • 1 inci kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
  • 1 batang leek, dihiris halus
  • 4 ulas bawang merah, dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia, diketuk
  • BAHAN HIAS:-
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun sup/bawang
  • Hirisan cili padi (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng utk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
  • Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.
  • PENYEDIAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dgn isi2nya sekali dan hias dgn bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi..
  • Penggunaan pasta tu terpulang pada kemahuan masing2, apa jenis pasta pun ok. Untuk kali nie mat cuba pasta bentuk kerang yg comel2 (dalam gambar tu pasta yg belum direbus….)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN