Sup ayam yang mudah dibuat. Semua orang ada cara masing-masing buat sup ayam dan ini adalah cara saya. Selamat mencuba!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Ayam Power

Sup ayam yang mudah dibuat. Semua orang ada cara masing-masing buat sup ayam dan ini adalah cara saya. Selamat mencuba!!

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas bawang kecil, 3 ulas bawang putih, sedikit halia (ditumbuk semuanya)
  • Sedikit penumis
  • Ayam setengah ekor dipotong-potong
  • 2 biji kentang dan 1 lobak merah
  • 2 kiub ayam KNORR
  • Daun sup
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis penumis dan bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau. Kalau nak lagi sedap, tunggu sehingga garing sedikit.
  • Masukkan ayam. Biar seketika sehingga jus ayam keluar kemudian masukkan air.
  • Kemudian masukkan kiub ayam KNORR.
  • Masukkan kentang dan lobak merah.
  • Kalau nak masin sedikit boleh la tambah garam kerana kiub ayam tu sudah ada rasa masin.
  • Masak sehingga kentang menjadi empuk. Setelah siap, taburkan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN