sesuai untuk penggemar susu tepung. Sekali cuba tak boleh berhenti. Sesuai juga untuk dibawa ke jamuan sekolah anak – anak. Boleh tahan sampai petang dan tak basi. mesti semua orang suka.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Suci dalam Debu
sesuai untuk penggemar susu tepung. Sekali cuba tak boleh berhenti. Sesuai juga untuk dibawa ke jamuan sekolah anak – anak. Boleh tahan sampai petang dan tak basi. mesti semua orang suka.
BAHAN-BAHAN
- kulit popia (dipotong 4)
- 2 sudu besar Nestum
- 2 sudu besar Susu tepung (saya biasa guna susu fearnleaf)
- 1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
- Mula – mula, lipat kulit popia yang telah dipotong empat 2 kali dari bucu ke bucu. Pastikan ia tidak terbuka. Untuk melekatkannya, lebih mudah titiskan air di bucu kulit popia seperti gam.
- Panaskan kuali sehingga betul – betul panas.
- Masukkan kulit popia ke dalam kuali. Gorengkan ia sekejap sahaja kerana ia mudah masak. Jangan terlalu awa dan jangan terlalu lewat.
- Blendkan nestum, susu tepung dan gula bersama.
- Golekkan popia yang telah siap digoreng di dalam mixture tadi. Golekkan sampai habis popia goreng. Kalau tak cukup mixture, buat mixture yang baru dengan mengulangi langkah 4 tadi.
- Dah siap Suci dalam debu anda. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.