aa ni dia resipi pie yang kena buat from scratch

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strawberry Pie

aa ni dia resipi pie yang kena buat from scratch

BAHAN-BAHAN

  • Crust base:-
  • 140g tepung
  • 1/8 tsp garam
  • 30g gula kaster
  • 115g butter yang sejuk
  • 1-2 tbs air ais
  • Krim Pastri:-
  • 80g gula
  • 2 telur gred B (kacau2 sikit)
  • 1 telur kuning gred B (kacau sikit)
  • 2 tbs tepung jagung
  • 235ml susu
  • 120ml whipping krim
  • 2tsp esen vanilla
  • Topping:-
  • suka hati nk topping apa. saya dlm gambar nih pakai inti pie strawberry dalam tin
  • tapi sebagai variasi boleh pakai buah kiwi,strawberry, peach, anggur. semua buah hiris cantik cantik, anggur tak hiris pon tak pe
  • piping jelly
CARA PENYEDIAAN
  • crust base:-
  • campurkan garam, gula, tepung dalam satu mangkuk sederhana/mixer. potong butter jadi kuib kemudian masukkan pada tepung tadi
  • pakai blender pastri atau dough blade untuk blend sehingga jadi macam breadcrumb.
  • dalam bekas lain kacau telur kuning dengan air sejuk. kemudian baru campur pada adunan pastri tadi.
  • kacau sehingga adunan jadi lembap. doh sepatutnya dah boleh form jadi bola. bungkus dengan plastik wrap sempan dalam peti selama 30 minit.
  • kemudian rollkan doh kepada ketebalan yang suka dan 2.5cm lebar lagi dari loyang pie. then padankan pada loyang pie. kalau terkoyak masa transfer tepek je balik.
  • tebuk lubang pada dasar pastri dengan garfu.bakar crust pada 200c. selama 15minit.
  • keluarkan crust baru sapu telur pada crust then bakar balik selama 10-15minit atau samapai crust golden brown. then angkat sejukkan.
  • Krim Pastri:-
  • satukan gula, telur, telur kuning,dan tepung jagung dalam mangkuk sederhana. kacau then ketepikan.
  • dalam periuk panaskan/renehkan (simmer) krim dan susu. bila dah reneh alihkan drp api. satukan perlahan lahan ke campuran telur sambil kacau. awas jangan sampai termasak telur tu!
  • kacau pakai whisk tau. bila adunan tuh licin, panaskan balik sampai pekat. bila dah pekat biar sampai mendidih, masak selama 1 minit lagi. mesti kacau selalu takut berketul..
  • lastly baru masukkan esen vanilla. alih dari api. sejukkan.
  • bila crust dan krim pastri dah sejuk, tuangkan krim pada crust. setkan kejap selama 5 minit.
  • then susun buah buah yang dah hiris tadi then sapukan pipi jelly. or in mycase pakai yang ready made dalam tin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN