Resipi mudah dan ringkas serta boleh dipelbagaikan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strawberry Muffin

Resipi mudah dan ringkas serta boleh dipelbagaikan…

BAHAN-BAHAN

  • 85 g mentega
  • 85 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 175 g tepung gandum*
  • 10 g serbuk penaik* (*digaul dan diayak)
  • 80 ml susu segar
  • 5 biji strawberi, dicincang halus
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • Hiasan:
  • 6 biji strawberi, dibelah dua
  • Krim putar secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Masukkan strawberi emulco. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar hingga habis. Dengan menggunakan spatula masukkan cincangan strawberi dan gaul hingga rata.
  • Masukkan kesemua adunan ke dalam beg (atau gunakan plastik yang bersih dan tidak bocor).
  • Gunting bucu plastik (jangan terlalu besar), paipkan ke dalam acuan muffin berlubang 12 yang telah dilapik dengan cawan kertas. Isikan 3/4 penuh.
  • Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 – 25 minit. Bila masak sejukkan muffin di atas redai. Hiaskan dengan krim putar dan belahan strawberi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN