Jem yang sangat mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strawberry Jam

Jem yang sangat mudah.

BAHAN-BAHAN

  • Strawberi 1 peket (300gm)
  • Gula pasir 90gm
  • Jus lemon dari 1/2 biji
CARA PENYEDIAAN
  • Buang kelopak hijau, basuh bersih dan keringkan dengan tisu.
  • Masukkan dalam periuk, gaul dengan gula. Biarkan selama 10 minit sehingga ada air keluar sedikit dari buah.
  • Panaskan atas api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  • Bila air dari buah keluar dengan banyak, besarkan api untuk keringkan air. Kacau tanpa henti sambil pecahkan buah.
  • Bila air tinggal sedikit, masukkan jus lemon dan tutup api.
  • Bolehlah disimpan dalam botol yang bersih.
  • Sedap dimakan bersama yogurt ataupun roti.
  • Gula digunakan hanya 30% dari berat buah. Jika hendak disimpan lama bolehlah ditambah gula ke 50%. Prosedur ini boleh digunakan untuk buah lain seperti pir, epal dan bluberi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN