Span coklat ini paling mudah dibuat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Span Coklat
Span coklat ini paling mudah dibuat.
BAHAN-BAHAN
- Bahan A:
- 250g adunan kek span segera – boleh didapati di kedai kek
- 4 biji telur
- Bahan B:
- 50 ml air
- Bahan C:
- 80g mentega cair
- Kalau anda mahu inti coklat untuk isikan span coklat:
- 50g mentega
- 45ml air
- 250g gula aising
- 2 sudu besar serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
- Sapu minyak pada acuan kek dan alas kertas minyak di bahagian bawah.
- Cairkan mentega pada tahap api yang kecil dan ketepikan sebentar.
- Tuang (A) ke dalam mangkuk pengadun.
- Pukul (A) sehingga pekat.
- Campur (B) dan pukul adunan.
- Pukul adunan sehingga gebu dan lembut.
- Tambah (C) dan adun hingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat 9″. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
- Untuk membuat inti coklat:
- Bahagikan kek kepada 2 bahagian.
- Cairkan mentega pada tahap api yang sederhana. Setelah selesai, alihkan daripada api.
- Adunkan gula aising serta serbuk koko. Adunkan adunan sehingga lembut dan berkilat. Masukkan dalam beg paip.
- Letakkan 1 bahagian kek di atas pinggan hidangan. Sapukan 2/3 inti coklat pada permukaan kek.
- Kemudian letakkan satu lagi bahagian kek ke atas sapuan coklat tadi.
- Hidangkan. Kalau kek tak habis, boleh simpan di dalam peti sejuk.
- Tips:
- Setelah kek dibakar,keluarkan kek serta merta dari acuannya
- Tips: Setelah kek dibakar, keluarkan kek serta-merta dari acuannya. Kek span harus dibakar di bahagian rak terendah di dalam ketuhar.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.