Masakan ini ada yang dimasak manis sebagai dessert tapi saya kurang gemar. Resepi ini dari ibu dan kami sekeluarga amat menggemarinya…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong Sumbat Pulut

Masakan ini ada yang dimasak manis sebagai dessert tapi saya kurang gemar. Resepi ini dari ibu dan kami sekeluarga amat menggemarinya…

BAHAN-BAHAN

  • 6 @ 7 ekor sotong puteh
  • 5 biji lada hitam (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 10 biji halba
  • 2 hiris halia
  • santan dari 1/2 biji kelapa
  • 250 gram beras pulut (direndam 1/2 jam)
  • garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Sotong dibersihkan dan diambil bahagian badan sahaja.
  • Isikan beras pulut (jangan terlalu buncit). Kemudian sematkan.
  • Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian masukkan sotong.
  • Masukkan juga lada hitam, bawang, halba dan halia.
  • Masakkan hingga mendidih. Kemudian perisakan dengan garam dan gula.
  • Biarkan mendidih hingga kuah agak pekat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN