resepi mudah untuk buat sosej sendiri. lagi sedap dari beli :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sosej Daging

resepi mudah untuk buat sosej sendiri. lagi sedap dari beli :D

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm daging cincang
  • 1 s/k garam
  • 1 s/k gula
  • 1/2 sk lada hitam(digores kasar)
  • 1/2 s/k thyme (dry pun OK)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus atau parut)
  • 2 s/b parsley
  • 2 s/k tepung ubi
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan dan gaul dengan tangan sampai lembut sehingga seakan2 bertali. kalau ada food processor lagi senang.
  • Bila dah lembut, bahagikan kepada 8 bahagian. ambil satu bahagian, baling2kan dari tangan kanan ke kiri dan sebaliknya untuk keluarkan udara. Bentukkan memanjang, dan balut kejap dengan plastik wrap.
  • Ikat hujung dengan tali, kemudian pusingkan hujung yang lagi satu supaya plastik wrap tadi cekang, ikat macam dalam gambar.
  • Masukkan kedalam bag plastik tahan panas seperti GLAD ataupun ZIPLOCK, keluarkan udara dan zipkan mulut.
  • Panaskan air. Bila dah ada wap keluar (dalam 70~75 Celcius), masukkan sosej tadi, tindih dengan tudung periuk ataupun piring supaya beg plastik tadi tenggelam. kecilkan api, renihkan selama 45 minit.
  • Angkat dan biarkan sejuk sebentar sebelum disimpan didalam peti sejuk. Jika suka, goreng dalam minyak yang sedikit sebentar sebelum dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN