Masa penyediaan yang sangat sekejap dan hasilnya sangat-sangat menyelerakan dan puas hati. Ayam ni sesuai di makan dengan potato atau nasi. Resepi asal dari Jamie Oliver, The Naked Chef.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Simple Chicken Roasted

Masa penyediaan yang sangat sekejap dan hasilnya sangat-sangat menyelerakan dan puas hati. Ayam ni sesuai di makan dengan potato atau nasi. Resepi asal dari Jamie Oliver, The Naked Chef.

BAHAN-BAHAN

  • Seekor ayam dibelah 4
  • Sebiji lemon
  • Garam dan lada hitam – secukup rasa
  • Daun thyme @ rosemary – boleh beli di supermarket atau kedai-kedai bahan bakeri.
  • Minyak zaitun @ minyak bunga matahari
  • 1 sudu besar mentega
  • 10 biji bawang putih – tak perlu buang kulit, hanya perlu diketuk sahaja
  • 1 biji bawang besar – dihiris tebal
  • 2 sudu besar madu – optional
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam yang kita beli tadi, lepas tu perah lemon pada seluruh ayam bersama lada hitam, garam dan madu.
    Perapkan bersama.
  • Sementara perap tu, boleh lah kita letak minyak zaitun dalam bekas pembakar (saya guna bekas kaca yang memang
    untuk bakar), taburkan daun thyme atas minyak. Kemudian masukkan bawang putih, butter dan bawang besar.
  • Masukkan ayam dalam bekas tadi dan lumurkan minyak zaitun skali lagi di atas ayam dan taburkan daun thyme.
  • Panaskan oven terlebih dahulu selama 10-15 minit pada suhu 180C api atas bawah. Kemudian bakar ayam selama 1 jam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN