Resipi dari mesra.net…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Siakap 3 Rasa

Resipi dari mesra.net…

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg/seekor Ikan siakap
  • Daun Ketumbar
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Lada boh secukupnya
  • 8 biji lada besar/merah
  • 1 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 4 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 keratan nenas (dipotong dadu)
  • 3 batang serai (di titik)
  • 1 sb tepung jagung
  • BAHAN SOS (secukupnya)
  • Sos Ikan
  • Sos Tiram
  • Kicap Soya
  • Garam
  • gula
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan garam, serbuk kunyit dan cili boh..Sapukan pada ikan sehingga rata.
  • Goreng terendam ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.Letakkan di atas pinggan kaca bagi peresapan suhu yang sekata.Jadi aroma ikan akan terserlah.Ketepikan
  • Panaskan kuali…Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah.
  • Setelah aroma bawang timbul, masukkan lada merah, goreng seketika.Kemudian masukkan nenas.Kacau sebati.
  • Masukkan 2 cawan air..Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan bahan sos.
  • Di dalam mangkuk, bancuh tepung jagung dengan air masak (Pastikan air tidak panas bagi mengelakkan bancuhan menjadi berketul-ketul)..
  • Masukkan (6) ke dalam (5).Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak.
  • Siram kuah di atas ikan.Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativiti masing².Sedia di hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN