Dpt dari rancangan ‘BAKE’ With RAchel Allen
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Setanding Secret Resepi Blueberry Cheesecake
Dpt dari rancangan ‘BAKE’ With RAchel Allen
BAHAN-BAHAN
- 500gm cream cheese (jenama philadelphia terbaik)-beli dikedai bakeri lbh murah compare beli yg 250gm kat pasaraya tu- e.g 500gm kat bakeri br RM15, kalo 250gm kat pasaraya dah RM10++.
- 3/4 cawan gula kastor
- 4 biji telur
- 200ml whip cream (guna separuh-100ml, separuh lagi unuk hiasan kek)
- 1st esen vanila
- Untuk Base:
- 15-17 keping biskut marie-mesin hingga halus
- 75gm mentega dicairkan
- 250gm blueberry pie filling (biasanya dalam mangkuk taufufa tu)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
- Untuk Based.
- Gaulkan biskut marie yg telah dikisar td bersama mentega cair sehingga menjadi adunan yg boleh dikepal. Jangan terlalu kering nanti berderai. Jangan terlalu basah nanti tak boleh potong. Tekankan ke dalam loyang.
- Selepas diratakan, simpan di lam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
- Untuk kek
- Putar krim cheese bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi.
- Masukkan telur sebijik demi sebijik. Putar. MAsukkan whip krim. Putar lagi.
- Apabila semuanya sudah sebati blh dituang ke dalam loyang. (Saya tapis dulu taknak ade ketul2 yang tak rata) ke atas biskut hancur tadi.
- Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 – 45 minit.
- Dah sejuk baru hiaskan dengan whip cream yang dipukul kembang disekelilingnya. Hiaskan bersama-sama blueberry filling di atasnya. Atau blh hiasakn ikut citarasa anda. Sejukkan semalaman.
Note** Cheesecake perlu dihidang sejuk. Jgn potong masa masih panas kerana ianya akan mengecewakan anda. Selamat mecuba .. (^_^) - Tempahan cheesecake yg diterima dr member hubby..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.