Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Set Nugget Gurindam Jiwa

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Nuget:
  • 250 gram isi ayam (cincang)
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 1/2 inci halia (tumbuk halus)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • Garam, serbuk lada hitam dan gula secukup rasa
  • 6 keping biskut jagung Jacob’s (kisar halus)
  • Sayuran:
  • 2 biji tomato
  • 2 biji kentang (rebus hingga empuk)
  • Sedikit marjerin
  • Salad Sayuran:
  • 1 cawan kubis (hiris halus)
  • 1 batang lobak merah (dadu kecil)
  • 1 labu bawang besar (dadu kecil)
  • 1/2 cawan mayonis
  • 5 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • Air secukupnya – merendam
  • Minyak – menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan kesemua bahan nuget kecuali serbuk biskut. Kepalkan menjadi bentuk dan saiz kesukaan anda. (Lumurkan tangan dengan tepung gandum untuk mengelakkan melekat sebelum membentuk).
  • Panaskan minyak dalam kuali. Golekkan nuget di dalam serbuk biskut .Goreng nuget hingga keemasan.
  • Tomato dibelah dua dan kentang dibelah berbaji. Panaskan marjerin di dalam kuali. Sautekan tomato dan kentang.
  • Rendamkan lobak merah, kubis dan bawang di dalam air yang telah dicampurkan cuka selama 20 minit. Toskan. Gaulkan sayuran tadi dengan gula dan mayonis.
  • Hidangkan nuget bersama salad, kentang dan tomato. Boleh dimakan bersama sos.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN