hidangan untuk semua jamuan dan juga menjadi kegemaran famili

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Serimuka Durian

hidangan untuk semua jamuan dan juga menjadi kegemaran famili

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk lapisan bawah:-
  • 200g beras pulut
  • 200ml santan cair – 100ml santan pekat + 100ml air
  • 1/2 s/t garam
  • 2 s/m minyak
  • Bahan untuk lapisan atas:-

  • 50g tepung gandum
  • 1 1/2 s/m tepung jagung
  • 350ml santan pekat – 250ml santan pekat + 100ml air
  • 90g gula (jika durian manis boleh dikurangkan gula)
  • 4-5 ulas durian
  • 2 biji telor
  • 1/4 s/t garam
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk lapisan bawah:-

    panaskan kukusan dan biarkan hingga air mendidih. cuci beras pulut dan direndam selama 30min

  • setelah itu toskan beras pulut tadi. satukan semua bahan didalam sebuah bekas
  • sapu minyak pada loyang 8x8x3. dialas dengan plastik supaya sudah masak mudah untuk di keluarkan
  • kukus beras pulut tadi selama 20-30minit. setelah masak keluarkan dari kukusan dan rata permukaan pulut tadi dgn mengunakan penekan untuk buat kek lapis (cara begini pulut akan nampak lebih mampat dan cantik bila dipotong
  • Untuk lapisan atas:-

    durian diramas dgn santan, di tepikan dahulu

  • gula dan telor dipukul sedikit. masukkan tepung gandum dan tepung jagung. pukul lagi supaya tidak berbiji2.
  • masukkan durian yg diramas kedalam adonan gula tadi. lebih mudah dan cepat bahan2 ini di blender.
  • dalam process mengkukus api biar sederhana saja…bila pulut sudah masak, tuangkan lapisan atas perlahan2. kukus selama 30-45min
  • pastikan kueh betul2 sejuk baru dipotong dengan menggunakan pisau plastik

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN