Resipi asal daripada Pn. Norazlina Nordin. Saling tak tumpah macam resipi seri kaya “Nyonya Peranakan”.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Seri Kaya Karamel
Resipi asal daripada Pn. Norazlina Nordin. Saling tak tumpah macam resipi seri kaya “Nyonya Peranakan”.
BAHAN-BAHAN
- 3 biji telur gred A
- 300 ml pati santan (guna santan kotak pun boleh)
- 240 g gula pasir
- 2 helai daun pandan, disimpul
- Untuk karamel:
- 60 g gula pasir
- 125 ml air panas
CARA PENYEDIAAN
- Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas. Kacau menggunakan pemukul hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
- Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selalu. Bila gula menjadi perang, perlahan-lahan masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
- Kacau adunan no.1, dengan pemukul dan masukkan karamel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan pemukul sehingga adunan menjadi pekat. Berhati-hati kerana adunan yang pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.