PENULIS

myResipi

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2020-11-25

Pasti ramai yang hadapi masalah sukar kurangkan berat badan. Kalau turun pun, hanya beberapa kilogram sahaja tapi baru makan lebih, senang sahaja badan menambah berat. Resepi air detox ini memudahkan anda untuk meningkatkan pengambilan air, menurunkan berat badan, dan menyokong sistem imunisasi anda.

Resepi air detox ini hanya mengambil masa beberapa minit untuk disediakan. Yang pastinya ianya segar dan sedap diminum, ia sangat sesuai dijadikan minuman harian.

Bahan-bahan

  • Lemon
  • Biji Selasih
  • Daun Peppermint
  • Asam boi
  • Longan
  • Air Sprite

Cara-cara

  • Masukkan daun peppermint dan lemon ke dalam balang.
  • Hancurkan bahan-bahan di dalam balang.
  • Masukkan asam boi, ais batu.
  • Masukkan air dan buah longan.
  • Masukkan air sprite.
  • Masukkan biji selasih.
  • Kacau air detox hingga sebati.