Bagaimana cara nak masak Sayur Lemak Keledek Daun Kayu?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sayur Lemak Keledek Daun Kayu
Bagaimana cara nak masak Sayur Lemak Keledek Daun Kayu?
BAHAN-BAHAN
- 2 biji ubi keledek oren (Dipotong kecil)
- 2 ekor ikan kembung
- 5 tangkai kangkung
- 3 tangkai pucuk ubi
- 10 tangkai pucuk paku merah
- 10 tangkai daun pucuk manis
- 5 tangkai daun kaduk
- 5 tangkai daun kesum
- 3 ulas bawang merah (Dihiris)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 cawan air
- 2 cawan santan pekat
- 2 biji cili merah (Dihiris)
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan ikan kembung dan sapukan garam. Bakar sehingga masak.
- Ambil isi ikan kembung dan ketepikan.
- Potong kecil kangkung, pucuk ubi, pucuk paku merah, daun pucuk manis, daun kaduk, dan daun kesum diambil daunnya sahaja. Basuhkan dan tus sehingga kering.
- Masukkan ubi keledek, isi ikan kembung, bawang merah, serbuk kunyit, air, dan garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga ubi keledek empuk.
- Masukkan semua sayur, cili merah, dan santan pekat. Kacau sehingga mendidih. Kacau kuah sentiasa supaya tidak pecah minyak.
- Sedia dihidangkan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.