Mahu cuba kelainan sedikit…cubalah, ringkas saja masakan ini.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sayur Kacang Masak Sardin
Mahu cuba kelainan sedikit…cubalah, ringkas saja masakan ini.
BAHAN-BAHAN
- Sayur kacang panjang atau buncis (1 ikat harga RM1)
- 1 tin kecil sardin tin
- *Bawang merah 3 biji
- *Bawang putih 2 biji
- *Halia 1 inci
- *Cili padi (kalau mahu pedas, letaklah ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
- Minyak untuk menumis
- Garam, serbuk perasa dan gula (kalau mahu rasa manis sedikit)
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk lumat bahan bertanda *.
- Tumis sampai kuning sedikit.
- Masukkan sardin, kuah sardin masukkan separuh saja. Tumis 2 – 3 minit, masukkan garam, serbuk perasa dan gula (jika mahu rasa manis).
- Masukkan sayur kacang yang telah dihiris memanjang.
- Kalau mahu berkuah masukkanlah air sedikit. Masaklah sampai sayur kacang layu, sesuaikanlah rasa kemudian boleh angkat dan makan dengan nasi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.