mushroom supermario yang fresh & sos teriyaki membuatkan rasa resipi ni lain sket dari sayur campur biasa.macam2 ada…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sayur Campur Teriyaki

mushroom supermario yang fresh & sos teriyaki membuatkan rasa resipi ni lain sket dari sayur campur biasa.macam2 ada…

BAHAN-BAHAN

  • secekak sayur buncis,dipotong menyerong
  • 5-6 batang jagung muda,dipotong menyerong
  • separuh capsicum hijau besar/sebiji yang sederhana,dipotong menyerong
  • sebatang carrot,dihiris menyerong
  • 1/4 biji broccoli,dipotong kepada pokok2 kecil
  • 1 biji cili merah,dihiris menyerong
  • 5-6 biji mushroom supermario aka cendawan butang yang fresh,dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar,dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos teriyaki
  • garam (jika perlu)
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang & bawang putih hingga naik bau.Masukkan cili merah,kacau
  • Masukkan mushroom dan kacau skejap.masukkan air sedikit untuk melembutkan mushroom.Inilah rope mushroom supermario yang fresh.berbeza rasanya jika guna yang dalam tin..
  • Lepas agak2 mushroom lembut,masukkan sayur2.mulakan dengan yang keras dulu seperti carrot dan jagung,pastu buncis dan seterusnya.Kacau sebati.Masukkan air sedikit untuk melembutkan sayur.
  • Bila agak2 sayur2 hijau dah berubah kepada bright green,boleh la masukkan sos tiram,sos teriyaki dan serbuk lada hitam.kacau.jika perlu,baru tambah garam sebab sos2 berkenaan dah agak masin.
  • Masak sayur ni jgn terlalu lama,klu lembik tak sedap.guna api kuat dengan cara stir fry.
  • Siap untuk dihidangkan besama nasik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN