Resipi turun temurun…mak selalu masak sardin masak asam ni. Kalau dipanaskan, buat lempeng atau cekodok memang sedap…selamat mencuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sardin Masak Asam Pedas

Resipi turun temurun…mak selalu masak sardin masak asam ni. Kalau dipanaskan, buat lempeng atau cekodok memang sedap…selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN

  • 5 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 1 labu bawang merah sederhana besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan (jika suka)
  • Asam jawa (diambil airnya sebanyak 2 mangkuk)
  • 1/2 sudu kecil Ajinomoto (jika suka)
  • 3 sudu kecil garam
  • 6 biji kentang (dibuang kulit & dibelah 4)
  • 1 mangkuk kecil minyak untuk menumis
  • 1 tin besar sardin (jenama apa-apa pun tak kisah)
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar semua bahan-bahan tadi. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan belacan hingga halus.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga garing dan naik bau. Masukkan sedikit air, masukkan kentang yang dibelah 4 tadi. Biarkan mendidih dan sehingga kentang empuk.
  • Setelah kentang empuk, masukkan perahan air asam jawa tadi. Akhir sekali, masukkan sardin tadi. Biarkan mendidih dan naik minyak. Setelah naik minyak, tutuplah api. Boleh juga ditambahkan tomato jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN