Sambal kegemaran saya dari kampung terus ke bandar . Tukar sikit je bahan dia . Sebab nenek suka buat terlebih pedas :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sambal Totok Johor
Sambal kegemaran saya dari kampung terus ke bandar . Tukar sikit je bahan dia . Sebab nenek suka buat terlebih pedas :)
BAHAN-BAHAN
- 1 Bawang Merah Besar * potong
- 4 – 5 Cili Padi * potong sedikit sahaja supaya tak meletup
- Ikan Bilis
- Garam Secukup Rasa
- Ajinamoto Secukup Rasa
- Minyak Untuk Mengoreng
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak terlebih dahulu .
- Kemudian apabila minyak sudah panas , letakkan bawang yang telah dipotong , cili padi yang di potong sedikit dan ikan bilis .
- NOTE : Ikan bilis boleh letak banyak atau pun sikit , ikut kepada berapa banyak bawang . Tapi kalau korang suka bawang lebih letak lebih , kalau suka ikan bilis , letak lebih . Kalau suka pedas letak lebih
- Goreng sehingga bawang layu atau nampak sedikit perang kemudian angkat dan toskan
- Masukkan kesemua bahan yang telah digoreng ke dalam Batu Lesung , jangan lupa letak garam dan juga ajinamoto *tak nak letak pun takpe if tak suka . Tumbuk sehingga lumat , nak kurang lumat pun tak apa .
- NOTE : Boleh makan dengan nasi sahaja , sup , magie , makan begitu sahaja dan lain lain . Selamat mencuba . Jangan lupa dah try nanti upload laa gambar . Kita nak tengok hasilnya .
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.