Sesuai kepada mereka yang sukakan masakan pedas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Terung Nyonya Style

Sesuai kepada mereka yang sukakan masakan pedas

BAHAN-BAHAN

  • 5 Biji terung sederhana besar
  • 30 Tangkai cili kering (untuk dikisar)
  • 2 Biji bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Sudu besar gula pasir
  • Minyak masak (untuk mengoreng dan menumis)
  • Belacan bakar
  • Serbuk kunyit
  • Asam keping / asam jawa
  • Garam
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar cili kering bersama 1 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, belacan bakar dan air secukupnya.
  • Bersihkan terung dan belah 4. Gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan goreng sehingga kekuningan kemudian diangkat dan toskan minyaknya.
  • Mayang 1/2 biji bawang besar dan 1 ulas bawang putih untuk menumis.
  • Panaskan minyak masak (yang digunakan untuk mengoreng terung). Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang halus. Biarkan sehingga kekuningan kemudian masukkan cili dan bahan yang telah dikisar. Biarkan sehingga cili masak. Masukkan, gula, asam keping, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  • Susunkan terung goreng tadi ke dalam mangkuk dan tuangkan sambal ke atas terung tersebut. Sedia untuk di hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN