Resepi dari Negori 9, masa 45 minit

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tempoyak Lemak Cili Api

Resepi dari Negori 9, masa 45 minit

BAHAN-BAHAN

  • 3 ikat pucuk ubi (tak kisah jenis apa pun)

    2 papan petai

    3 helai daun kunyit

    1 batang serai dan beberapa helai pucuk kaduk (kalau suka) 2 sudu besar tempoyak

    1 tiub santan @ (kotak kecil)

    ikan bilis

    sedikit minyak untuk menumis

    Bahan kisar

  • Bahan Kisar,

    1. 1 ulas bawang besar
    2. 4 ulas bawang putih

    3. 1 inci kunyit hidup

    4. 12 bijil cili padi

    5. Segenggam ikan bilis yg telah dibasuh

CARA PENYEDIAAN
  • 1. Siang pucuk ubi, basuh dan kemudian direndam dengan air garam sementara menantikan air rebusan mendidih

    2. Setelah air mendidih, masukkan dua sudu minyak masak dan 1 sudu kecil garam

    3.Rebus pucuk ubi hingga lembut di dalam air rebusan (2)5. Hiris halus daun kunyit, serai dan petai

    4.Pucuk ubi yang telah lembut di toskan airnya, kemudian dihiris kasar 5. Tumis bahan kisar hingga terbit bau 6. Masukkan santan, tempoyak dan dikacau sebati diikuti garam secukup rasa dan sedikit gula 7. Kalau pekat sangat, boleh tambah air sesuaikan kepekatannya. 8. Masukkan kesemua ulaman yang telah dihiris. 9. Reneh sebentar kira-kira 10 minit. 10. Siap dihidangkan bersama nasi, ayam masak kicap atau ikan goreng garing…. ummmmhhhpp…wallaa

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN