Sambal Tempe ni makan dengan nasi panas-panas, fuh memang terangkat!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Indonesia

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

30 min
MASAK

2 orang
HIDANGAN

Sambal Tempe Goreng

Sambal Tempe ni makan dengan nasi panas-panas, fuh memang terangkat!

BAHAN-BAHAN
  • 1 blok tempe

  • 2 sudu besar cili giling

  • 2 sudu besar bawang besar kisar

  • 1 sudu besar bawang putih cincang

  • 1 sudu besar kacang goreng

  • ½ sudu besar ikan bilis goreng

  • ½ sudu kecil gula

  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing. Keluarkan tempe dari kuali.

  • Tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling hingga garing.

  • Masukkan garam dan gula; gaul.

  • Masukkan tempe, kacang goreng dan ikan bilis goreng; gaul.

  • Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN