Masakan yang simple dan senang disediakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tempe dan Kentang

Masakan yang simple dan senang disediakan.

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket tempe – dipotong memanjang (1.5cm x 4 cm)
  • 2 biji kentang – dikupas dan dicuci bersih
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 3 tbsp cili kisar
  • 3 tsp gula
  • 4 ulas bawang merah – ditumbuk halus
  • 1/4 cawan air
  • sedikit garam dan kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1/4 kiub pati ikan bilis (optional-tak letak pun takper)
CARA PENYEDIAAN
  • Tempe yang telah dipotong digaul dengan sedikit kunyit dan garam.
  • Potong kentang nipis2 dan digaulkan dengan sedikit garam.
  • Panaskan minyak, dan goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Kemudian masukkan pula tempe, goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Gorengkan pula ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
  • Tinggalkan sedikit minyak tadi di dalam kuali, masukkan cili kisar. Kacau hingga ia masak. Baru masukkan bawang tumbuk tadi. Kacau.
  • Bila dah wangi, masukkan air dan tambah gula serta secubit garam (ini depends on, kalau tempe tadi dah masin tak perlu masukkan). Kacau hingga air agak kering dan rasa masin manisnya.
  • Bila dah ngam dengan citarasa, masukkan semua bahan dan kacau sebati. Tutup api. Sedap dimakan terus sebab ia masih crispy.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN