Dah makan sambal belacan begini sejak arwah nenek yg buat…campuran sambal belacan dgn hirisan kulit limau kasturi…sampai sekarang sambal belacan ini aje yg akak sajikan untuk keluarga… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Sambal Belacan Warisan™

Dah makan sambal belacan begini sejak arwah nenek yg buat…campuran sambal belacan dgn hirisan kulit limau kasturi…sampai sekarang sambal belacan ini aje yg akak sajikan untuk keluarga… :)

BAHAN-BAHAN

  • 5 batang lada merah – hiris
  • 4 batang lada hijau – hiris
  • cili padi – jika suka pedas lagi
  • 2 sudu kecil belacan bakar atau secukupnya
  • gula secukup rasa
  • 3-4 biji limau kasturi
CARA PENYEDIAAN
  • Limau kasturi dibelah dua,perah jusnya,buang biji dan hiris halus kulit limau kasturi dan ketepikan.
  • Tumbuk kesemua bahan kecuali gula dan limau kasturi hingga halus.Bubuh gula secukup rasa dan tambahkan jus limau kasturi dan gaul sebati.Masukkan pula hirisan kulit limau kasturi dan gaul lagi.
  • Keluarkan sambal belacan dan bubuh di dalam piring.Sajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN