Tengok Jamie Oliver buat ni kat tv. Kepada peminat labu kuning kena try salad ni.Sedap sangat sangat kalau makan dengan grilled fish , steak, atau makan begitu saja.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Salad Labu Kuning

Tengok Jamie Oliver buat ni kat tv. Kepada peminat labu kuning kena try salad ni.Sedap sangat sangat kalau makan dengan grilled fish , steak, atau makan begitu saja.

BAHAN-BAHAN

  • sebelah labu kuning di potong dadu besar besar (tak payah buang kulit, tapi mesti cuci bersih bersih ya)
  • 2-3 batang carrot di potong dadu besar besar
  • 1/4 cawan minyak zaitun (extra virgin olive oil)
  • garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • secekak kecil daun parsley dicincang
  • pine nuts ataupun badam yang dihiris (boleh guna mentah ataupun dipanggang sekejap)
  • jus lemon dari sebijik lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180 darjah. Guna api atas bawah. Lapik tray dengan aluminum foil.
  • Gaulkan kesemua bahan didalam mangkuk kecuali lemon jus/badam/pine nuts/parsley.
  • Tuangkan sayur sayur tadi keatas tray dan bakar selama lebih kurang 20 minit sampai labu lembut dan agak garing kulitnya.
  • Setelah masak, masukkan kedalam mangkuk. Gaulkan dengan jus lemon/badam/pine nuts/parsley. Renjis kan dengan sedikit lagi olive oil. Siap untuk dihidangkan. Salad ni sedap dimakan panas panas ya…Selamat mencuba.
  • NOTA: Jamie Oliver letak jugak beet root yg merah dan manis tu. Saya tak letak sebab takde stock. Mesti lagi best kalau letak beet root tu :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN