Satu lagi resipi untuk orang yang baru berdiet, ringkas dan mudah. Maaf, gambar tidak berapa jelas sebab pakai kamera telefon biasa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Salad Ayam

Satu lagi resipi untuk orang yang baru berdiet, ringkas dan mudah. Maaf, gambar tidak berapa jelas sebab pakai kamera telefon biasa.

BAHAN-BAHAN

  • 200 g ayam (bahagian dada)
  • 6-7 biji tomato ceri
  • Salad (ikut suka)
  • 2 sudu besar sos barbeku/Woscestershire
  • 1/2 biji perahan lemon
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu kecil tabasco
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu kecil minyak zaitun
  • Sedikit daun parsli (dicincang)
CARA PENYEDIAAN
  • Perap ayam bersama sos barbeku, kicap manis, lada hitam, tabasco, gula dan garam secukupnya. Ketepikan sekejap.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tabur sedikit lada hitam kemudian masukkan tomato ceri. Masak sampai kulitnya sedikit hangus. Keluarkan.
  • Dalam kuali yang sama terus masukkan ayam. Masak sehingga sedikit garing.
  • Untuk menghidang, campurkan perahan lemon, 1 sudu kecil minyak zaitun, garam dan daun parsli.
  • Kemudian gaulkan bersama tomato yang dimasak tadi dengan ayam. Siap!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN