Untuk penggemar pari,salah satu masakan dari Sabah.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sagol Pari
Untuk penggemar pari,salah satu masakan dari Sabah.
BAHAN-BAHAN
- Ikan pari (potong sederhana besar)
- *Bawang merah
- *Bawang putih
- *Halia
- *Cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
- *Serai (diketuk- utk merebus dan utk masak)
- *Kunyit hidup (guna serbuk pun boleh jgk)
- Minyak untuk menumis
- Garam, gula dan serbuk perasa.
CARA PENYEDIAAN
- Rebus pari yg telah dipotong2,air separas pari,masukkan serai yg telah diketuk,rebus sampai pari masak,agak2 5 hingga 10 minit.
- Selepas pari masak,tos dan sejukkan.Air rebusan pari simpan untuk kuah nanti.Setelah sejuk,carik-carikkan pari sederhana besar,buang tulang.
- Tumbuk lumat bahan bertanda *.Tumis sampai wangi.
- Masukkan pari yang telah dicarik2 tadi.Tuangkan air rebusan pari tu sedikit,ikut citarasa,kalau nak kering letak sikit jer,kalau nak berkuah letak lah banyak skit,jgn jer sampai pari tenggelam la.Masukkan perasa,sesuaikan rasa.
- Tak perlu masak lama sebab pari tu dah masak.Sebenarnya masakan ni kering,Tapi saya selalu buat berkuah skit atau lembap2.Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.