Resipi kek klasik dari Austria…(gambar pinjam daripada Zaliana. Terima kasih, Zaliana).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sacher Torte

Resipi kek klasik dari Austria…(gambar pinjam daripada Zaliana. Terima kasih, Zaliana).

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 150 gram tepung gandum (ayak)
  • Bahan B:
  • 6 biji putih telur gred A
  • 80 gram gula
  • Bahan C:
  • 6 biji kuning telur gred A
  • 150 gram coklat gelap (dicairkan)
  • Bahan D:
  • 150 gram mentega
  • 80 gram gula
  • Bahan Glis:
  • 250 gram coklat gelap
  • 300 gram krim putar
  • 30 gram mentega
  • 1 sudu kecil madu
  • Jem apprikot secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul bahan D hingga lembut dan gebu. Tambah bahan C perlahan-lahan. Masukkan 1/2 bahagian bahan A. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
  • Pukul putih telur (bahan B) hingga ringan. Masukkan gula (bahan B). Pukul hingga pekat. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan D dan C. Pukul hingga sebati. Tambah baki bahan A dan gaul hingga sebati.
  • Bakar selama sejam atau hingga masak pada suhu 180 darjah Celcius.
  • Sejukkan kek dan keluarkan dari loyang. Belah kek menjadi 2 lapisan. Letakkan jem apprikot ditengah-tengahnya. Telangkupkan kek. Kemudian sapukan setiap permukaan kek berkenaan dengan jem apprikot. Masukkan dalam peti sejuk selama sejam.
  • Keluarkan kek dari peti sejuk. Letakkan kek atas rak dawai yang berkaki. Tuangkan glis coklat di atasnya. Sapu rata dan biarkan keras. Hiaskan mengikut citarasa anda.
  • Glis Coklat: Masak madu dengan krim sampai mendidih. Masukkan coklat. Biarkan hingga coklat cair. Masukkan mentega. Kacau hingga sebati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN