Boleh pakai udang kering @ udang segar..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
:)Roti Telur KC Ber’Udang’
Boleh pakai udang kering @ udang segar..
BAHAN-BAHAN
- 6 Keping roti
- 3 biji telur
- 1 sudu besar udang kering halus (kalau guna udang segar lagi sedap..ikut suka nak taruk berapa ekor, lam 2-3 ekor pun dh cukup-cincang kecil)
- 1/2 biji bawang besar-potong 2 dan hiris nipis
- Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris)
- 2 biji cili merah-hiris nipis dan cincang(Kalau suka pedas boleh tambah cili padi)
- Garam dan minyak
CARA PENYEDIAAN
- Telur dipukul dengan garfu. Campurkan semua bahan kecuali roti. Garam letak sedikit sahaja jika guna udang kering. Hujung sudu kecil atau agak2 la ye.
- Panaskan sedikit minyak yang diratakan dalam ‘non stick pan’ atau kuali leper. Guna api sederhana.
- Roti dipotong 4. Celup roti dalam adunan. Lebih mudah jika guna garfu.
- Goreng kedua-dua belah roti hingga keperang-perangan
- Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.