Resipi ni sesuai untuk sarapan terutama untuk ibu yang bekerja, mudah disediakan, cepat serta sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Telur Bersosej

Resipi ni sesuai untuk sarapan terutama untuk ibu yang bekerja, mudah disediakan, cepat serta sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 5 keping roti (apa-apa jenama)
  • 5 keping sosej ayam
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Beberapa batang kayu pencungkil gigi
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula celurkan kesemua sosej di dalam air yang sedang mendidih seketika dan keluarkan.
  • Pukul telur bersama sedikit garam.
  • Letakkan sekeping sosej tadi di tengah sekeping roti dan gulung.
  • Gunakan 2 batang pencungkil gigi dan cucukkan 1 di bahagian atas dan 1 di bahagian bawah.
  • Lepas tu celupkan roti yang telah di gulung tadi ke dalam telur dan goreng hingga kuning keemasan.
  • Angkat dah hidangkan. Boleh juga di potong kecil-kecil.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN