Saiz yang kecil sesuai untuk kanak-kanak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Sosej Mini
Saiz yang kecil sesuai untuk kanak-kanak.
BAHAN-BAHAN
- 140ml air
- 20g telur
- 250g tepung roti
- 20g gula
- 4g garam
- 25g mentega
- 3g (1 sudu kecil) yis kering
- 8g susu tepung
- 8 batang sosej (bahagi 2 = 16 batang)
- Susu segar untuk sapu roti
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pembuat roti kecuali sosej. Ikut arahan pada mesin untuk buat doh roti.
- Bila dah siap, keluarkan doh dari mesin. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
- Ambik sebiji doh, gentel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dah kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu). Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
- Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar untuk kelihatan lebih perang.
- Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.